Detektif Romi ke ofis setiap pagi menggunakan LRT.
Kebiasaannya makan pagi adalah yang dibelinya di sekitar gerai di Masjid Jamek.
Burger Malaysia adalah kegemarannya. Air biasanya dibancuh di ofis saja.
Sewa bulanan ofis Detektif Romi adalah RM 2,500 sebulan.
Akan tetapi, kerana ini adalah pejabat yang bakal dilepaskan dalam masa 10 tahun, kerana masalah geran, makanya Detektif dapat memakai ofis ini secara percuma, kecuali bill utiliti telefon, internet, letrik dan air yang diselesaikan secara bulanan oleh Detektif Romi.
Athif, seperti biasanya ke tempat keja dengan menaiki basikal mahal yang dihasilkan di kilang Daddynya. Tapi customise version, mencecah 6o ribu ringgit juga.
Kebiasaannya, Athif akan membancuh teh o panas untu Paklongnya dan untuk dirinya juga.
Detektif Romi memang selalu membeli makan pagi buat mereka berdua.
Menu pagi itu adalah nasilemak bersama paru dan telur goreng.
"Apa Paklong nak saya siasat pasal kes Aunty lawa tu?" Tanya Athif memecah kesunyian pagi.
Detektif Romi membuka stereo FM di micro hifi yang terletak di bahagian kanannya, berdiri tegak di atas perabot pejabat merapati dinding.
Sayup-sayup lagu berkumandang, Detektif Romi pun berkata, "Paklong nak Athif study pasal pemilikan syarikat Zakri Beyond Travel Sdn Berhad. Maklumkan kat Paklong pasal pengurusan syarikat, ahli lembaga pengarah dan share partners.
Tengaharinya, Detektif Romi mengajak anak buahnya makan di kedai makanan Pakistan kegemaran Detektif Romi. Seperti biasa, Nan cheese bersama kima daging adalah menu kegemaran mereka berdua.
Selesai solat berjemaah Zohor, Athif akan bergerak melakukan tugasannya manakala Detektif Romi akan ke Perpustakaan Kuala Lumpur untuk membaca arkib lama. Ini adalah tabiatnya semenjak menjadi Detektif. Dia akan belajar menyelesaikan masalah penyiasatannya berdasrkan makalah atau dokumen terdahulu, kemungkinan ada bersamaan cara penyelesaiannya.
Balik kerja, Detektif suka menggunakan perkhidmatan Komuter, dari KL Sentral ke Batu 3 Shah Alam. Sebelum itu, dia harus ke KL Sentral dari Perpustakaan Kuala Lumpur dengan menaiki LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment