Wednesday, November 6, 2019

Kes yang pertama

Masih ingat lagi di waktu persekolahan, Sekolah Menengah Subang Jaya 2.

Amanie menerima surat ancaman bahawa gambar bogilnya akan didedahkan kepada umum sekiranya tidak membayar 10 ribu ringgit kepada si pemeras uugut.

Aku, sebagai teman rapat Amanie, merasa begitu geram dengan tindakan si pemeras ugut itu.


Tak ramai yang tahu tentang ugutuan itu, hanya kami berempat, Amanie, aku, Rossa dan Johan.
Kebetulan kami sering bersama, waktu rehat dan juga study group tidak lain kerana kami adalah pengawas perpustakaan adanya.

Ancaman itu berbunyi: Andai tidak mahu umum ketahuan gambar kamu tak berbaju, serahkan 10 ribu ringgit di hujung padang sekolah, malam lusa.

Nota itu ditulis dengan rapi, hmnn macam mana nak kenal pasti tulisan siapakah ini di dalam seolah yang mempunyai 6,000 pelajar?

Ayah Amani sememangnya jutawan. 10 ribu sebenarnya amat mudah diperolehi Amanie. Di dalam akaun peribadinya saja berjumlah 40 juta ringgit! Nasib baik aku tiada love affair dengan Amanie yang cantik ni. Kalau ada, dah tentu aku tak jadi detektif sekarang. Mungkin di rumah Melayan Amanie, anak-anak dan Netflix atau bercuti ke Eropah haha.

Amanie selalu berkongsi masalahnya dengan Johan, anak muda berkacukan Inggeris, tampan, tinggi dan putih! Aku ada crus juga kat Amanie tapi aku pendamkan saja. Nampak macam tak suka kat Amanie , padahal setiap hari aku mengharapkan kehadirannya ke sekolah.


Kami berempat berbincang dengan diketuai oleh Johan, teentang bagaimana nak mengatasi permasalahan ini.
Perbicangan ini kami disepakati dengan menyerahkan wang tebusan itu. "Bagaimana pula kalau si pengugut ni akan terus meminta wang daripada Amanie? Perkara ini berterusan? " Ujarku.

Dengan tak semena-mena aku teringat akan wireless microphone yang dibeli oleh pakcikku di Hong Kong. Pakcik aku tahu yang aku suka gadjet perisikan,  kebetulan di Hong Kong, alatan tersebut seperti permainan. "Kita boleh mendengar dalam jarak 600 meter dengan menggunakan microphone tersembunyi ini. Kita sembunyikan di dalam beg yang digunakan untuk mengisi 10 ribu tadi, cadangku." Dengan tak semena-mena, Amanie memluku erat dan meciup pipiku. Aduh syurganya!
Aku tersenyum bahagia.

Kelihatan bibit cemburu terserlah di muka Johan Lencester.

Pada malam tersebut, kami berempat pergi mengintip di tempat padang sekolah yang telah kami letakkan beg tadi. Hujung pagar padang sekolah.

Kereta kuning Volts Wagen Johan edisi 1980 menjadi kereta pengintip malam ini.....



(kembali ke waktu sekarang)












No comments:

Post a Comment