Pada tahun sekitar 2012, Negara Malaysia mengalami kemerosotan bisnes terutamanaya bidang pengiklanan.
Daya saing melalui social media sudahpun bermula.
TV tak lagi gah seperti dulu. Surat khabarpun jarang dibeli memandangkan akses berita percuma boleh didapati atau dilanggani di talian internet.
Pada waktu ini, penggunaan apps di telefon seakan mahu mengambil-alih fungsi laptop, TV, kamera, radio, mesin editing, walkman, surat khabar bahkan remote control pun boleh diprogram di telefon.
Pada waktu inilah Romi diberhentikan kerja dan menganggur selama 6 bulan.
Romi mencuba nasibnya apabila melihar iklan di portal agensi pekerjaan yang memerlukan seorang detektif swasta.
Setelah beberapa interview di talian, Romi berjaya ke Interview bersemuka dengan pemilik detektif swasta, Orion Detective Agency.
"Awak ada lesen pistol?" Tanya Engku Azman Bin Engku Alifiah.
"Takde tuan," jawabku sopan.
Engku Alifiah merupakan bekas Ketua Polis di Pahang. Dia banyak mendapat pingat atas kecemerlangannya dalam jabatan Polis Di Raja Malaysia. Ini adalah tahun ke 5 beliau membuat Agensi Penyiasatan ini, 5 tahun jugalah tempoh beliau sudah bersara.
Berumur 65, masih tegap dan bergaya susuk tubuhnya.
"Aku harapkan orang yang sasa, tak gendut seperti mu hmnn..."
"Awak boleh berlari laju mengejar bukti atau saspek?" Tanya Engku kegusaran.
"Saya ada portable scooter, rechargeable... lagi laju berbanding Tuan berlari" Jawabku sempoi.
"Awak ada black belt taekwondo, kareta atau ilmu persilatan ke?" Tanya Engku lagi.
"Saya mahir smackdown, Rugby tacle dan saya ada cipta gaya MMA saya sendiri, Rempuh Harimau!" Jawabku bangga.
"Hmnn memandangkan tak ada permohonan lain yang setara kau, aku terimalah!" Engku bersetuju menerima Detektif Romi sebagai pembantunya.
Romi tersenyum girang.
No comments:
Post a Comment