Aku diberitahu oleh setiausahaku, Athif bahawa semalam ada makcik Cun yang datang ke ofis semalam mencariku. Mungkin makcik itu sebayaku, 40an tapi tidak mengapa kerana dia cantik menawan haha.
Athif, yang baru sahaja graduate dalam bidang quantum graphic merupakan anak saudaraku. Anak adikku Faizul. Umur 20an, kacak bergaya macam aku muda-muda dahulu.
Antara faktor aku mengambil dia bekerja adalah akutak mahu putuskn hubungan persaudaraan dengan adikku Faizul, walaupun dia sudah bergelar Jutawan. Adikku ini mempunyai banyak kilang menghasilkan basikal lumba. Walaupun dia kaya, namun Athif tidak dia manjakan dengan harta benda.
Athif anak yang baik dan juga mempunyai taraf grandmaster dalam ilmu pergaduhan MMA. Aku tak perlu risau kalau keluar mengintip bersamanya.
"Apa nama Auntie tu?" Tanyaku kepada Athif. Tengku Nuramanie Tengku Zakrishah.
Bait lirik lagu 'Kosong' berkumandam dalam fikiranku.
Cheh! First crush aku ni.
"Apa dia nak?" Tanyaku kepada Athif.
"Dia nak kahwin dengan Pak Long!" Jawab Athif selamba.
Athif ni memang suka bergurau dengan Pak Longnya, iaitu aku sendiri.
"Takdelah Paklong, dia nak Pak Long call dia balik."
Janggal juga nak memulakan perbualan dengan Amanie. Aku hanya skodeng hidupnya di Facebook dan Instagram aje. Hidupnya indah dan sekarang memiliki seorang anak yang juga sebaya dengan salah seorang anakku. Hasil perbincangan aku dengannya, membawa kami ke cafe Monte Cristo, The Weld di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, tak jauh dari ofisku di Menara Olympia jalan yang sama.
Dua Caffe Macchiato dihidang atas meja.
Aku lihat Amanie semakin dewasa, semakin jelita.
"Ha... apa hajat Amanie menhubungi hamba?" Aku sengaja berbahasa Melayu Klasik.
"I'm in tough situation now Romi. I'd wish you could help me out" balasnya.
Amanie menatapku dengan tenungan memimta simpati, tetapi sangat menawan.
Menggoda keimananku. Hendak saja aku berkata. "Amanie, jom kita nikah harini."
"Apa?" Balas Amanie.
Rupanya perkataan itu terpacul benar-benar di hadapannya.
Amanie melirikku dengan penuh perasaan. "Dengan you Romi, sekarang pun I sanggup."
Wow!
Ujian apakah ini?
"Let's put this feelings aside first and gert back to the case." Mukaku merah kerana malu dan perasaan indah susah digambarkan, sepertinya aku bernari di taman yang indah dengan perasaan paling bahagia.
Amanie dengan tenangnya tersenyum dan kami terus memberikan fokus sepenuhnya terhadap kes ini.
No comments:
Post a Comment