Ini adalah kes ke 3 untuk tahun 2019
File kes ini aku namakan Wajah Ayu.
Siapa yang tahupun nama file ini melainkan aku dan Athif, hehe.
Kisahnya bermula di London sekitar 6 bulan yang lalu.
Ia terjadi ketika Amnie berjalan ke kota London bersama anak lelakinya Yusuf, kebetulan sama nama anaknya dengan anak bungsuku.
Amanie baru sahaja setahun bercerai dengan Johan, ya Johan Lancester!
Johan, sahabat yang baik tetapi sentiasa cemburu dengan kemesraan aku dan Amanie.
Pernah sewaktu selepas graduasi tahun 2001 dulu, dia memberi amaran kepadaku agar menjauhi makwenya, Amanie.
Didepankan 10 tahun kemudian, aku berkahwin dengan anak Imam Masjid Shah Alam.
Zulaikha, seorang gadis yang sangat cantik serta memiliki perwatakan menarik.
Tetapi apakan daya, bahtera kami bertahan 7 tahun cuma. Yang manis adalah anak-anakku Atiqah, Ibrahim dan Yusuf. Aku tak menyalahkan Zulaikha, mungkin ini yang terbaik buat kami berdua.
Anak-anak aku pasti mereka luka dan berduka zaman kecilnya.
Alhamdulillah sudah kubaiki perhubungan dengan anak-anakku semenjak dulu.
Amanie memaklumkan kepadaku bahawa Johan mempunyai wanita simpanan.
Sudah lama Amanie meragui suaminya, cuma tiada bukti.
Tekanan yang hebat dirasakan Amnanie apabila Johan mahukan separuh daripada harta milik Amanie, sekiranya mereka berpisah.
Widia, sahabat rapat Amanie mendesak Amanie untuk menurut sahaja kehendak Johan kerana dikhuatiri Johan akan bertindak di luar jangkaan.
Amat mendukacitakan apabila Amanie mendapat maklum bahawa Widia berkomplot dengan Johan dan mereka adalah pasangan kekasih. Tidaklah menghairankan kerana Widia amat menggoda dan seksi walau sudah mencecah 40an. Ramai juga anak muda yang cuba menggodanya tetapi dia hanya terpaut kepada badboy iaitu Johan Lancaster.
No comments:
Post a Comment