Thursday, November 21, 2019

Kenapa menjadi Detektif?

Romi sangat suka dengan cerita atau pun filem detektif.

Terutamanya yang bijak seperti L Death Note takpun seperti detektif Conan.

Imej detektif yang palin keren menurut Romi, bukanlah di zaman noir, tetapi di zaman 80an di Tokyo Jepun.

Romi selalu terbayangkan saat itu, membayangkan dirinya seorang detektif jepun di era 80an, meminum secangkir kopio panas, mencari idea dalam menyelesaikan masalah.

Sehiggakan tertulisnya lirik lagu Malam Detektif, yang dicipta oleh Romi sendiri bait liriknya dan meminjam Melodi Mariya Tekeuchi.

Liriknya berbunyi begini,

Malam Detektif (Lirik Penuh)

Mariya Tekeuchi (Original Artist/Composer)
Ahmad Romizi (Cover Version Lyricist)

Verse
Sejak mula kita bertemu
kau sentiasa hadir dalam hatiku
Pijak kaki rasa tak sentuh
memang kau buat aku terjatuh

Chorus
Jatuh cinta setiap kali aku teringat
suaramu yang merdu
Ingin ku laungkan
I LOVE YOU

Verse
Lampu neon malam indah
kakiku melangkah gagah
kopi hitam penuh nikmat
tak hilang kau walau sesaat

Chorus
Jatuh cinta setiap kali aku teringat
suaramu yang merdu
Ingin ku laungkan
I LOVE YOU

Bridge
Ingatkah lagu cinta C2D?
hujan yang renyai di kafe ini
kafe yang sama,
aku menunggu, setiap malam,
mengharapkanmu,

Kerja Detektif memang begini
namun aku terus mencari
suri hatiku oh juwita

Bridge
Ingatkah lagu cinta C2D?
hujan yang renyai di kafe ini
kafe yang sama,
aku menunggu, setiap malam,
mengharapkanmu,

Kerja Detektif memang begini
namun aku terus mencari
suri hatiku oh juwita

Verse
Lampu neon malam indah
kakiku melangkah gagah
kopi hitam penuh nikmat
tak hilang kau walau sesaat

Chorus
Jatuh cinta setiap kali aku teringat
suaramu yang merdu
Ingin ku laungkan

I LOVE YOU


Demikianlah lagunya. Boleh didengari di soundcloud dengan carian Malam  Detektif.


Thursday, November 14, 2019

Imbas Kembali: Sejarah menjadi detektif

Pada tahun sekitar 2012, Negara Malaysia mengalami kemerosotan bisnes terutamanaya bidang pengiklanan.

Daya saing melalui social media sudahpun bermula.

TV tak lagi gah seperti dulu. Surat khabarpun jarang dibeli memandangkan akses berita percuma boleh didapati atau dilanggani di talian internet.

Pada waktu ini, penggunaan apps di telefon seakan mahu mengambil-alih fungsi laptop, TV, kamera, radio, mesin editing, walkman, surat khabar bahkan remote control pun boleh diprogram di telefon.

Pada waktu inilah Romi diberhentikan kerja dan menganggur selama 6 bulan.

Romi mencuba nasibnya apabila melihar iklan di portal agensi pekerjaan yang memerlukan seorang detektif swasta.

Setelah beberapa interview di talian, Romi berjaya ke Interview bersemuka dengan pemilik detektif swasta, Orion Detective Agency.

"Awak ada lesen pistol?" Tanya Engku Azman Bin Engku Alifiah.

"Takde tuan," jawabku sopan.

Engku Alifiah merupakan bekas Ketua Polis di Pahang. Dia banyak mendapat pingat atas kecemerlangannya dalam jabatan Polis Di Raja Malaysia. Ini adalah tahun ke 5 beliau membuat Agensi Penyiasatan ini, 5 tahun jugalah tempoh beliau sudah bersara.


Berumur 65, masih tegap dan bergaya susuk tubuhnya.


"Aku harapkan orang yang sasa, tak gendut seperti mu hmnn..."

"Awak boleh berlari laju mengejar bukti atau saspek?" Tanya Engku kegusaran.

"Saya ada portable scooter, rechargeable... lagi laju berbanding Tuan berlari" Jawabku sempoi.

"Awak ada black belt taekwondo, kareta atau ilmu persilatan ke?" Tanya Engku lagi.

"Saya mahir smackdown, Rugby tacle dan saya ada cipta gaya MMA saya sendiri, Rempuh Harimau!" Jawabku bangga.

"Hmnn memandangkan tak ada permohonan lain yang setara kau, aku terimalah!" Engku bersetuju menerima Detektif Romi sebagai pembantunya.

Romi tersenyum girang.










Monday, November 11, 2019

Rutin Harian

Detektif Romi ke ofis setiap pagi menggunakan LRT.

Kebiasaannya makan pagi adalah yang dibelinya di sekitar gerai di Masjid Jamek.

Burger Malaysia adalah kegemarannya. Air biasanya dibancuh di ofis saja.

Sewa bulanan ofis Detektif Romi adalah RM 2,500 sebulan.

Akan tetapi, kerana ini adalah pejabat yang bakal dilepaskan dalam masa 10 tahun, kerana masalah geran, makanya Detektif dapat memakai ofis ini  secara percuma, kecuali bill utiliti telefon, internet, letrik dan air yang diselesaikan secara bulanan oleh Detektif Romi.

Athif, seperti biasanya ke tempat keja dengan menaiki basikal mahal yang dihasilkan di kilang Daddynya. Tapi customise version, mencecah 6o ribu ringgit juga.

Kebiasaannya, Athif akan membancuh teh o panas untu Paklongnya dan untuk dirinya juga.

Detektif Romi memang selalu membeli makan pagi buat mereka berdua.

Menu pagi itu adalah nasilemak bersama paru dan telur goreng.


"Apa Paklong nak saya siasat pasal kes Aunty lawa tu?" Tanya Athif memecah kesunyian pagi.

Detektif Romi membuka stereo FM di micro hifi yang terletak di bahagian kanannya, berdiri tegak di atas perabot pejabat merapati dinding.

Sayup-sayup lagu berkumandang, Detektif Romi pun berkata, "Paklong nak Athif study pasal pemilikan syarikat Zakri Beyond Travel Sdn Berhad. Maklumkan kat Paklong pasal pengurusan syarikat, ahli lembaga pengarah dan share partners.

Tengaharinya, Detektif Romi mengajak anak buahnya makan di kedai makanan Pakistan kegemaran Detektif Romi. Seperti biasa, Nan cheese bersama kima daging adalah menu kegemaran mereka berdua.

Selesai solat berjemaah Zohor, Athif akan bergerak melakukan tugasannya manakala Detektif Romi akan ke Perpustakaan Kuala Lumpur untuk membaca arkib lama. Ini adalah tabiatnya semenjak menjadi Detektif. Dia akan belajar menyelesaikan masalah penyiasatannya berdasrkan makalah atau dokumen terdahulu, kemungkinan ada bersamaan cara penyelesaiannya.

Balik kerja, Detektif suka menggunakan perkhidmatan Komuter, dari KL Sentral ke Batu 3 Shah Alam. Sebelum itu, dia harus ke KL Sentral dari Perpustakaan Kuala Lumpur dengan menaiki LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur.



Sunday, November 10, 2019

Dominasi Syarikat

Johan telah memalsukan fail yang menyatakan bahawa pemilikan pentadbiran syarikat telah melantik Johan sebagai peneraju yang baru.

Di bawah pentadbirannya yang baru, banyak duit syarikat digelapkan dengan aktiviti pesta dan R&D yang menelan belanja puluhan juta ringgit.

Dalam perencanaan baru, beliau merangka supaya Ahli Lembaga Pengarah ditukar dengan sahabat-sahabatnya.

Johan memiliki rangkaian Agensi pelancongan yang terbesar di Malaysia. Ibu Pejabatnya di Kuala Lumpur serta cawangannya di Penang dan Johor.


Friday, November 8, 2019

Perincian Kes ke 3 2019

Ini adalah kes ke 3 untuk tahun 2019


File kes ini aku namakan Wajah Ayu.
Siapa yang tahupun nama file ini melainkan aku dan Athif, hehe.

Kisahnya bermula di London sekitar 6 bulan yang lalu.

Ia terjadi ketika Amnie berjalan ke kota London bersama anak lelakinya Yusuf, kebetulan sama nama anaknya dengan anak bungsuku.

Amanie baru sahaja setahun bercerai dengan Johan, ya Johan Lancester!

Johan, sahabat yang baik tetapi sentiasa cemburu  dengan kemesraan aku dan Amanie.
Pernah sewaktu selepas graduasi tahun 2001 dulu, dia memberi amaran kepadaku agar menjauhi makwenya, Amanie.


Didepankan 10 tahun kemudian, aku berkahwin dengan anak Imam Masjid Shah Alam.
Zulaikha, seorang gadis yang sangat cantik serta memiliki perwatakan menarik.

Tetapi apakan daya, bahtera kami bertahan 7 tahun cuma. Yang manis adalah anak-anakku Atiqah, Ibrahim dan Yusuf. Aku tak menyalahkan Zulaikha, mungkin ini yang terbaik buat kami berdua.
Anak-anak aku pasti mereka luka dan berduka zaman kecilnya.
Alhamdulillah sudah kubaiki perhubungan dengan anak-anakku semenjak dulu.


Amanie memaklumkan kepadaku bahawa Johan mempunyai wanita simpanan.
Sudah lama Amanie meragui suaminya, cuma tiada bukti.

Tekanan yang hebat dirasakan Amnanie apabila Johan mahukan separuh daripada harta milik Amanie, sekiranya mereka berpisah.

Widia, sahabat rapat Amanie mendesak Amanie untuk menurut sahaja kehendak Johan kerana dikhuatiri Johan akan bertindak di luar jangkaan.

Amat mendukacitakan apabila Amanie mendapat maklum bahawa Widia berkomplot dengan Johan dan mereka adalah pasangan kekasih. Tidaklah menghairankan kerana Widia amat menggoda dan seksi walau sudah mencecah 40an. Ramai juga anak muda yang cuba menggodanya tetapi dia hanya terpaut kepada badboy iaitu Johan Lancaster.


Thursday, November 7, 2019

Reliti Sekarang

Aku diberitahu oleh setiausahaku, Athif bahawa semalam ada makcik Cun yang datang ke ofis semalam mencariku. Mungkin makcik itu sebayaku, 40an tapi tidak mengapa kerana dia cantik menawan haha.


Athif, yang baru sahaja graduate dalam bidang quantum graphic merupakan anak saudaraku. Anak adikku Faizul. Umur 20an, kacak bergaya macam aku muda-muda dahulu.

Antara faktor aku mengambil dia bekerja adalah akutak mahu putuskn hubungan persaudaraan dengan adikku Faizul, walaupun dia sudah bergelar Jutawan. Adikku ini mempunyai banyak kilang menghasilkan basikal lumba. Walaupun dia kaya, namun Athif tidak dia manjakan dengan harta benda.

Athif anak yang baik dan juga mempunyai taraf grandmaster dalam ilmu pergaduhan MMA. Aku tak perlu risau kalau keluar mengintip bersamanya.

"Apa nama Auntie tu?" Tanyaku kepada Athif. Tengku Nuramanie Tengku Zakrishah.

Bait lirik lagu 'Kosong' berkumandam dalam fikiranku.

Cheh! First crush aku ni.

"Apa dia nak?" Tanyaku kepada Athif.

"Dia nak kahwin dengan Pak Long!" Jawab Athif selamba.
Athif ni memang suka bergurau dengan Pak Longnya, iaitu aku sendiri.

"Takdelah Paklong, dia nak Pak Long call dia balik."

Janggal juga nak memulakan perbualan dengan Amanie. Aku hanya skodeng hidupnya di Facebook dan Instagram aje. Hidupnya indah dan sekarang memiliki seorang anak yang juga sebaya dengan salah seorang anakku. Hasil perbincangan aku dengannya, membawa kami ke cafe Monte Cristo, The Weld di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, tak jauh dari ofisku di Menara Olympia jalan yang sama.


Dua Caffe Macchiato dihidang atas meja.

Aku lihat Amanie semakin dewasa, semakin jelita.

"Ha... apa hajat Amanie menhubungi hamba?" Aku sengaja berbahasa Melayu Klasik.

"I'm in tough situation now Romi. I'd wish you could help me out" balasnya.

Amanie menatapku dengan tenungan memimta simpati, tetapi sangat menawan.

Menggoda keimananku. Hendak saja aku berkata. "Amanie, jom kita nikah harini."

"Apa?" Balas Amanie.

Rupanya perkataan itu terpacul benar-benar di hadapannya.

Amanie melirikku dengan penuh perasaan. "Dengan you Romi, sekarang pun I sanggup."

Wow!

Ujian apakah ini?


"Let's put this feelings aside first and gert back to the case." Mukaku merah kerana malu dan perasaan indah susah digambarkan, sepertinya aku bernari di taman yang indah dengan perasaan paling bahagia.


Amanie dengan tenangnya tersenyum dan kami terus memberikan fokus sepenuhnya terhadap kes ini.







Wednesday, November 6, 2019

Kes yang pertama

Masih ingat lagi di waktu persekolahan, Sekolah Menengah Subang Jaya 2.

Amanie menerima surat ancaman bahawa gambar bogilnya akan didedahkan kepada umum sekiranya tidak membayar 10 ribu ringgit kepada si pemeras uugut.

Aku, sebagai teman rapat Amanie, merasa begitu geram dengan tindakan si pemeras ugut itu.


Tak ramai yang tahu tentang ugutuan itu, hanya kami berempat, Amanie, aku, Rossa dan Johan.
Kebetulan kami sering bersama, waktu rehat dan juga study group tidak lain kerana kami adalah pengawas perpustakaan adanya.

Ancaman itu berbunyi: Andai tidak mahu umum ketahuan gambar kamu tak berbaju, serahkan 10 ribu ringgit di hujung padang sekolah, malam lusa.

Nota itu ditulis dengan rapi, hmnn macam mana nak kenal pasti tulisan siapakah ini di dalam seolah yang mempunyai 6,000 pelajar?

Ayah Amani sememangnya jutawan. 10 ribu sebenarnya amat mudah diperolehi Amanie. Di dalam akaun peribadinya saja berjumlah 40 juta ringgit! Nasib baik aku tiada love affair dengan Amanie yang cantik ni. Kalau ada, dah tentu aku tak jadi detektif sekarang. Mungkin di rumah Melayan Amanie, anak-anak dan Netflix atau bercuti ke Eropah haha.

Amanie selalu berkongsi masalahnya dengan Johan, anak muda berkacukan Inggeris, tampan, tinggi dan putih! Aku ada crus juga kat Amanie tapi aku pendamkan saja. Nampak macam tak suka kat Amanie , padahal setiap hari aku mengharapkan kehadirannya ke sekolah.


Kami berempat berbincang dengan diketuai oleh Johan, teentang bagaimana nak mengatasi permasalahan ini.
Perbicangan ini kami disepakati dengan menyerahkan wang tebusan itu. "Bagaimana pula kalau si pengugut ni akan terus meminta wang daripada Amanie? Perkara ini berterusan? " Ujarku.

Dengan tak semena-mena aku teringat akan wireless microphone yang dibeli oleh pakcikku di Hong Kong. Pakcik aku tahu yang aku suka gadjet perisikan,  kebetulan di Hong Kong, alatan tersebut seperti permainan. "Kita boleh mendengar dalam jarak 600 meter dengan menggunakan microphone tersembunyi ini. Kita sembunyikan di dalam beg yang digunakan untuk mengisi 10 ribu tadi, cadangku." Dengan tak semena-mena, Amanie memluku erat dan meciup pipiku. Aduh syurganya!
Aku tersenyum bahagia.

Kelihatan bibit cemburu terserlah di muka Johan Lencester.

Pada malam tersebut, kami berempat pergi mengintip di tempat padang sekolah yang telah kami letakkan beg tadi. Hujung pagar padang sekolah.

Kereta kuning Volts Wagen Johan edisi 1980 menjadi kereta pengintip malam ini.....



(kembali ke waktu sekarang)